comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Rakam dan jual video seks: ‘Gigolo’, dua wanita didakwa hari ini 

KUALA LUMPUR: Lelaki yang merakam dan menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita menerusi laman sosial akan dituduh di Mahkamah di sini hari ini.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata, polis sudah mendapat arahan untuk menuduh suspek di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu polis merujuk kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki yang menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita menerusi laman sosial ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Daerah Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan polis akan merujuk ke pejabat TPR hari ini.

18 Januari lalu, seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana menjalankan aktiviti menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosial.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah rumah di Kampung Janda Baik, pada 2.30 petang.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini