JOHOR BAHRU: Pemilik rumah jagaan di Taman Mas, Kulai yang memukul kanak-kanak perempuan dengan pembaris kayu panjang dalam video tular, direman enam hari bermula hari ini.
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan dibawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Kelmarin, Tan dilaporkan mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 10.29 malam Ahad lalu.
Siasatan awal mendapati ia membabitkan mangsa berusia 10 tahun.
Mangsa didakwa dipukul oleh lelaki tempatan berusia 59 tahun yang juga penjaga rumah anak yatim berkenaan.
Tindakan suspek yang memukul kanak-kanak itu, sebelum ini tular di media sosial menerusi satu rakaman video tular berdurasi 56 saat dipercayai berlaku di pusat jagaan swasta.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.