Tumpuan :
Mahkamah

Pertuduhan seludup senjata api ditangguhkan bagi lantikan jurubahasa

Dua warga Indonesia diiringi polis kes berkaitan penyeludupan senjata api di Mahkamah Butterworth.

Oleh: Selwam Arjunan

BUTTERWORTH: Pertuduhan ke atas dua lelaki warga Indonesia berkaitan kes rampasan pelbagai jenis senjata api di kawasan perairan Perai, di sini, pada 27 Januari lalu, terpaksa ditangguhkan untuk lantikan jurubahasa.

Hakim Mahkamah Sesyen, Nor Azah Kasran menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh lantikan jurubahasa dan pertuduhan kes berkenaan.

Terdahulu, dua lelaki warga Indonesia yang mempunyai pertalian keluarga tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi dengan kawalan ketat pihak polis.

28 Januari lalu, media melaporkan polis Pulau Pinang menumpaskan kegiatan penyeludupan senjata api di perairan Perai pada 27 Januari.

Polis menahan empat lelaki termasuk dua warganegara asing dan merampas lima pucuk pistol, selaras senapang M4, serta 801 butir peluru dalam sebuah bot dinaiki suspek.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, senjata itu dipercayai diseludup untuk dijual kepada kumpulan kongsi gelap di negara ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini