Tumpuan :
Mahkamah

Penyanyi dikir barat, Eda Ezrin dijangka dibebaskan dari Penjara Narathiwat hari ini

Foto hiasan

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat moden popular Malaysia, Eda Ezrin yang kini ditahan di penjara di sini, mungkin akan dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini.

Sumber memberitahu NST, penyanyi berusia 30 tahun dari Kelantan itu dijangka dibebaskan selepas membayar denda yang dikenakan mahkamah.

Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, selain Eda Ezrin, empat lagi rakyat Malaysia dijangka dibebaskan esok.

“Mahkamah Wilayah Narathiwat dijadual menjatuhkan hukuman terhadap enam rakyat Malaysia pagi esok kerana didakwa memiliki pil Yaba dan mengambil dadah.

“Lima daripada mereka termasuk Eda Ezrin berkemungkinan akan didenda kerana mengambil dadah.

“Penyanyi itu dan empat yang lain berdepan hukuman penjara kurang enam bulan dan denda kurang RM1,000 kerana mengambil dadah.

“Memandangkan mereka sudah ditahan di Narathiwat kira-kira empat bulan sejak ditangkap pada 1 November tahun lalu, mahkamah mungkin membebaskan mereka lebih awal sebaik denda dibayar.

“Dua lagi rakyat Malaysia iaitu seorang wanita dan seorang lelaki, juga akan didenda dan dipenjarakan kerana memasuki Thailand tanpa dokumentasi yang betul dan tinggal lebih masa,” kata sumber itu.

Seorang lagi lelaki warga Malaysia berusia 30an dijangka didakwa kerana memiliki pil Yaba, tambah sumber itu.

“Bagaimanapun, pihak pendakwaan mempunyai hak untuk membantah keputusan itu semasa perbicaraan esok,” kata sumber itu.

Mahkamah Wilayah Narathiwat menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap Eda Ezrin, yang nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, bersama lima yang lain atas pertuduhan mengambil dadah di pekan Sungai Golok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini