comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu direman SPRM

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki menggunakan dokumen invois bagi tujuan tuntutan palsu pembayaran Program Jualan Rahmah 2023 berjumlah kira-kira RM 22,000.00.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif selama lima hari sehingga 26 Januari ini, selepas SPRM membuat permohonandi Mahkamah Majistret Alor Setar pagi tadi.

Semalam, suspek wanita berusia berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam sembilan malam di pejabat SPRM Kedah ketika diminta hadir memberi keterangan.

Sumber berkata, suspek dipercayai menjadi perancang utama dan berpakat dengan pemilik syarikat untuk menggunakan invois yang mengandungi butir matan palsu dimana  kuantiti jualan melebihi kuantiti sebenar yang terjual.

Ia dikesan setelah mendapati invois yang dikemukakan tidak sama dengan Laporan Ringkas Program Jualan Rahmah 2023 yang dikeluarkan Pejabat KPDN Negeri Kedah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Soock Wee Ei Tem ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini