comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Penjara 12 bulan dan denda RM2,000 kerana tembak mati rakan disangka kijang

 

JEMPOL: Mahkamah Majistret Bahau menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan dan denda RM2,000 terhadap seorang lelaki yang didakwa menembak mati rakannya kerana disangka kijang di hutan Muka Sauk, Jelebu, April lepas.

Hukuman dibacakan Majistret Norshazwani Ishak terhadap Amran Abd Razak, 51, selepas pengakuan bersalah direkodkan.

Tertuduh yang berasal dari Titi, Jelebu, turut dipenjara selama dua bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa dengan niat menyebabkan kematian seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun.

Perbuatan cuai yang tidak terjumlah kepada homisid salah, berlaku jam 3 pagi pada 24 April lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Pada mahkamah sama, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki selaras senapang patah buatan sendiri.

Senapang dengan 13 butir peluru hidup dan tiga butir kelongsong peluru jenis 12 bore pelbagai warna, ditemui di kawasan semak tepi Jalan Muka Sauk, Kuala Klawang, kira-kira jam 6.30 petang 26 April lalu.

Susulan kesalahan itu pendakwaan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Jika sabit kesalahan, hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebutan semula kes pada 1 Julai depan.

Loading...
Terkini