comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Penjaga jentera direman 6 hari, bantu siasatan kes suapan RM30,000

Foto: NSTP

GEORGE TOWN: Penjaga jentera di sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes suapan bernilai RM30,000.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Azlan Basri bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, suspek yang berkhidmat sebagai penjaga jentera di institusi penyelidikan dan pembangunan sumber biologi semula jadi itu tiba di mahkamah kira-kira 9 pagi dengan memakai baju lokap SPRM.

Berdasarkan maklumat, suspek ditahan di rumahnya pada malam semalam dalam satu operasi.

Tertuduh disyaki menerima wang sogokan bernilai RM30,000 sebagai balasan bagi membantu kontraktor mendapatkan kerja sivil di agensi berkenaan.

Beberapa kenderaan mewah juga di sita dalam operasi berkenaan iaitu kereta jenis Mustang dan dua motosikal berkuasa besar.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Loading...
Terkini