comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Peniaga didakwa rogol, amang seksual terhadap gadis OKU hingga hamil 

Oleh: Zahir Senapiah

MUAR: Seorang peniaga pasar malam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar pagi tadi, atas 11 tuduhan merogol dan amang seksual fizikal terhadap seorang gadis Orang Kurang Upaya (OKU) antara Mac hingga Mei lalu.

Tertuduh Lim Khim Tai mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Khim Tai, 47, berdepan empat tuduhan merogol dan tujuh tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa 14 tahun yang mempunyai kecacatan mental, kira-kira jam 8 pagi di sebuah rumah di Jalan Temenggong Ahmad, dekat sini.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 8 Mac hingga 24 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan kerana khuatir tertuduh mengganggu mangsa yang kini hamil lima bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,  Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 18 September depan untuk sebutan semula kes.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini