Tumpuan :
Mahkamah

Pengurus mengaku tidak bersalah tuduhan salah guna kuasa

KUALA TERENGGANU: Pengurus Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan menyalahguna kuasa untuk mendapatkan suapan bernilai RM4,428.60.

Tertuduh, Shahrizal Ridhuan Ambak, 46 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Tertuduh didakwa  telah menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan apabila membuat pembekalan  kad sim kepada 117 pekerja warga India melalui agen pembekal  kad sim yang juga anak tertuduh iaitu Ahmad Danial Ridzuan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara  tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7000 dengan seorang penjamin dan dilarang menganggu saksi pendakwaan serta perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan tiga Ogos depan untuk serahan dokumen.

Loading...
Terkini