comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pengendali aliran tunai GISBH dan isteri disambung reman 5 hari 

FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Reman individu yang disyaki pengendali aliran tunai GISB Holdings (GISBH) serta isterinya disambung lima hari lagi bagi membantu siasatan berhubung eksploitasi dan pemerdagangan kanak-kanak.

Perintah reman sehingga Khamis depan itu dibenarkan Timbalan Pendaftar Nurshahira Abdul Salim selepas permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.

Lanjutan reman itu susulan tempoh reman tujuh hari sebelum ini, tamat hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31 (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang memakai pakaian lokap tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira jam 10 pagi.

Mereka dibawa untuk tahanan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Sementara itu, di mahkamah sama, 15 kanak-kanak iaitu anak kepada seorang pemimpin kanan GISBH akan ditempatkan tiga rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan Johor.

Mahkamah membenarkan penempatan kanak-kanak berusia tiga hingga 16 tahun itu selepas permohonan dibuat JKM hari ini.

Kesemua kanak-kanak itu dibawa dengan van polis dan tiba kira-kira jam 10 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini