comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pengawal keselamatan dituduh bunuh rakan sekerja

Wan Shahrizan Wan Kadir dibawa polis ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor. – FOTO: NSTP

KUALA SELANGOR: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Selangor di sini, hari ini atas tuduhan membunuh rakan sekerjanya, kira-kira dua minggu lalu.

Wan Shahrizan Wan Kadir, 26, dihadapkan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali dan mengangguk faham selepas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan.

Dia dituduh membunuh Raja Azman Raja Abdul Tahir, 43, antara jam 2.30 hingga 4 pagi pada 15 September lalu di pondok pengawal keselamatan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sabak Bernam di Sabak Bernam.

Sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 13 sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Azali Ibrahim.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh sebelum Siti Hajar menetapkan sebutan semula kes pada 4 Disember ini.

Terdahulu, media melaporkan mayat Raja Azman ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam, 16 September lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini