comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pengasuh sebabkan kecederaan pada kanak-kanak berusia 3 tahun didakwa

 

Oleh Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini atas dakwaan mengabaikan hingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, bulan lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Nor Huzaimah Herman, 31 tahun didakwa melakukan perbuatan di Perumahan Rakyat PPR Pelangi Indah, Taman Pelangi Indah, Johor Bahru kira-kira jam 11.30 pagi 21 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 Kurungan Satu, kurungan A, Akta Kanak-Kanak 2001.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum 50 ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Syafiqah Sha’ari dan Nur Hayati Muhammad Fathullah.

Manakala tertuduh diwakili peguam R. Sangaran dan Alan Lim.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin lima ribu ringgit dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di Balai Polis Taman Pelangi Indah setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 3 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, tular di laman sosial Facebook kematian mangsa pada 28 Mac lalu iaitu seminggu selepas mangsa didakwa cedera akibat terjatuh daripada basikal di ruang tamu rumah tertuduh.

Loading...
Terkini