KLUANG: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan mencabul seorang wanita, di sebuah tandas awam, pada Selasa lalu.
Tertuduh, Muhamad Sopor @ Nasir, 34 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Mujib Saroji
Berdasarkan pertuduhan, Muhamad Sopor didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berumur 24 tahun dengan tujuan mencabul kehormatannya.
Perbuatan itu dilakukan di tandas awam wanita laman kreatif Kampung Melayu, Kluang kira-kira jam 5.30 petang, pada Selasa lalu.
Tertuduh didakwa mengikut seksyen 354 kanun keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman terbabit.
Hakim menetapkan tertuduh diikat jamin RM10,000.
2 Januari tahun depan ditetapkan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.