comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pengampunan Najib: Tony Pua sahkan 60 soalan ditanya

Oleh: Fahiz Ariff

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua hari ini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong.

Pua yang ditemui pada sidang media secara sinis berkata, polis hanya membuang masa dengan melakukan siasatan itu kerana berpendirian hantarannya melalui facebook itu tidak salah.

“Rasa buang masa sikit, buang masa pihak polis.

“Buang masa saya tak apalah kerana saya dah bersara tetapi buang masa pihak polis untuk siasat perkara yang bukan-bukan”, jelasnya.

Malah dalam sidang medianya, Pua meluahkan rasa hairan mengapa hantaran dimuat naiknya baru-baru ini disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

“Saya tak tahu macam mana sebarang hantaran (posting) yang telah saya buat itu merupakan sebarang hasutan dibawah Akta Hasutan.

“Kita harap pihak polis akan membuat siasatan penuh dan pendek serta menolak segala tuduhan yang telah dibuat oleh pihak-pihak di luar sana kerana kita mendapat tahu bahawa siasatan ini telahpun dibuat atas laporan diterima yang dibuat oleh pihak UMNO di Johor” jelasnya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Ketika ditemui, beliau memaklumkan sebanyak 60 soalan telah diajukan kepadanya berdasarkan lima hantaran di Facebooknya yang kini disiasat.

Kongsi Pua lagi, polis juga akan merampas sebuah komputer riba miliknya, yang akan diberikan kemudian, selain turut meminta akses kepada laman Facebooknya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan, mengesahkan polis menjalankan siasatan terhadap Tony yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu susulan PDRM menerima laporan berhubung kenyataannya yang dimuat naik di Facebook.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini