Oleh: Fareez Azman
HULU SELANGOR: Seorang penjawat awam direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini bagi membantu siasatan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di sebuah ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor semalam.
Perintah reman dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza selepas permohonan reman terhadap suspek dibuat oleh pihak polis.
Susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, seorang lelaki yang juga penjawat awam dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu untuk permohonan reman pagi ini. pic.twitter.com/L6wYnkbtYz
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 16, 2024
Terdahulu, suspek berusia 26 tahun itu dipercayai teman lelaki mangsa tiba di mahkamah dibawa menaiki kenderaan polis kira-kira jam 8.51 pagi sebelum dibawa keluar sejam kemudian.
Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Seorang penjawat awam direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini bagi membantu siasatan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di sebuah ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor semalam. pic.twitter.com/FmoB6a3xYG
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 16, 2024
Penahanan itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus.
Mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemui ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada jam 6 petang semalam.
Ini perkara yang anda perlu tahu:
1. Nur Farah Kartini Abdullah, 25, bekas penuntut UPSI hilang 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa
2. Laporan polis dibuat hari yg sama mengenai kehilangan mangsa. @BuletinTV3
Ini adalah thread. pic.twitter.com/entRCtRAwK— Fareez Azman (@FareezAzmann) July 16, 2024
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang di Tanjung Malim.
Allahyarham Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa