Tumpuan :
Mahkamah

Pendakwaan terhadap 3 anak lelaki pengasas Al-Arqam ditangguh kepada 19 Disember depan

Mahkamah Tinggi Syariah Melaka menangguhkan pertuduhan terhadap tiga anak bekas pengasas Al-Arqam.-Foto hiasan

MELAKA: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menangguhkan pertuduhan terhadap tiga anak lelaki pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad kepada 19 Disember depan.

Keputusan dibuat Hakim Syarie, Mohd Yunus Mohamad Zin selepas dipohon pihak pendakwaan diwakili Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Melaka Atras Mohamad Zin.

Terdahulu, Atras memberitahu mahkamah bahawa tujuh lagi Orang Yang Disyaki (OYDS) masih direman dan disiasat bagi kes sama, justeru pihaknya memohon pertuduhan terhadap tiga lelaki berusia 38,42 dan 45 tahun itu ditangguhkan.

Penangguhan itu bagi membolehkan semua OYDS dituduh bersama kelak mengikut Seksyen 63 dibaca bersama Seksyen 91 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Memandangkan tempoh reman ketiga-tiga lelaki itu tamat hari ini, pendakwaan juga memohon jaminan baharu RM3,000 atau dengan dua penjamin setiap seorang.

Peguam Syarie, Mohd Hafizuddin Ahmad Mispha dan Mohd Faizal Mohamad mewakili semua tertuduh tidak membantah permohonan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini