KUALA TERENGGANU: Seorang pemotong rumput dipenjara 12 bulan kerana memukul isteri dan memusnahkan harta benda.
Tertuduh, Samsul Bahri Yusof, 37 tahun, mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memukul isterinya yang berusia 36 tahun, sehingga cedera di muka selepas berlaku satu pertengkaran.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
Tertuduh turut memusnahkan sebuah televisyen ketika pertengkaran berlaku dan didakwa mengikut Seksyen 427 kanun yang sama .
Bagi kesalahan itu tertuduh dihukum penjara selama 12 bulan.
Kesalahan dilakukan di rumah pasangan berkenaan di Kampung Padang Midin di Kuala Terengganu pada 18 Mac lalu.
Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan 18 Mac 2023.