KUALA LUMPUR: Tokoh korporat, Tan Sri Tan Hua Choon tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, pagi ini dan dijangka berdepan tuduhan berhubung kontrak perolehan syarikat membekal serta menguruskan kenderaan kerajaan.
Mengikut paparan maklumat mahkamah, pertuduhan ke atas ahli perniagaan yang juga pemilik Spanco Sdn Bhd itu akan dikemukakan di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin, jam 9 pagi.
Tan hadir bertongkat dengan memakai baju kemeja dan kot biru diiringi beberapa individu sebelum memasuki lobi mahkamah, jam 8.13 pagi.
Tokoh korporat itu kelihatan tenang ketika dirakam gambar dan video oleh beberapa pengamal media yang berkumpul sejak jam 8 pagi.
Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan perolehan dan pengurusan kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.
SPRM turut menyerbu empat syarikat termasuk pembekal kenderaan kerajaan, selain memanggil lebih 20 individu dan sudah membekukan kira-kira 80 akaun syarikat serta individu berkaitan dalam kes itu.
Selain itu, SPRM turut merakam percakapan bekas Menteri Kewangan berkait kontrak perolehan membabitkan syarikat berkenaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Semua terbabit kes SPANCO akan disiasat – SPRM
- 20 individu telah dipanggil SPRM dalam siasatan kes Spanco
- Garis masa skandal SPANCO
- Kes Spanco: SPRM rakam keterangan bekas menteri kewangan
- [VIDEO] Kes Spanco: SPRM teliti sistem dan prosedur pemberian kontrak
- Kontrak kerajaan – Spanco masih berjalan – MoF
- Sikap keras Anwar terhadap Spanco sejak jadi Menteri Kewangan dahulu