Tumpuan :
Mahkamah

Pembantu kedai mengaku bersalah lacur diri

Saridatul Nor Asra Salleh, 29 mengaku bersalah menawarkan khidmat seks melalui aplikasi WeChat pada 20 Disember lalu.

Oleh: Ishak Abdillah

KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu kedai makanan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel.

Majistret Yuhanis Mohd Roslan menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Saridatul Nor Asra Salleh, 29, setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang masih bujang didakwa menawarkan khidmat seks melalui aplikasi WeChat pada 20 Disember lalu, sekitar jam 5.20 petang di sebuah hotel di sini.

Tertuduh mengenakan bayaran RM350 untuk setiap langganan. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini