JOHOR BAHRU: Seorang pembantu dapur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat menggunakan cat, bulan lalu.
Tertuduh, You Κai Χian, 23, pada awalnya mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin, sebelum menukar pengakuannya.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan khianat dengan bertindak menyimbah cat ke atas sebuah kereta jenis Mercedes Benz milik seorang lelaki.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Pesona 10, Taman Pelangi Indah di sini, pada jam 2.10 pagi, 30 Disember tahun lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.