comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pemandu wanita sebabkan kematian tiga pelajar UiTM direman empat hari

Seorang wanita dipercayai pesakit mental dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi tadi.

Oleh: Mohd Ishak Abdilah Ngah

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita dipercayai pesakit mental yang merempuh dua motosikal sehingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, di Jalan Pantai berhadapan universiti itu, semalam, direman selama empat bermula hari ini.

Wanita berusia 49 tahun, dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kira- kira jam 11.30 pagi tadi.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman bagi membantu siasatan mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian 7.20 malam semalam, wanita terbabit memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh dua motosikal yang dinaiki empat pelajar yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampus.

Tiga mangsa yang maut ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25.

Sementara itu, seorang mangsa cedera, Mohd Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Loading...
Terkini