comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Pemandu jengkaut terlepas hukuman gantung

 

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu jengkaut terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menggantikan hukuman itu dengan 30 tahun penjara dan 12 sebatan atas pertuduhan mengedar hampir 300 gram dadah jenis methamphetamine 3 tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Hassan Ghani  selepas tertuduh, Mohd Firdaus Mohd zahid, 32 tahun didapati bersalah di akhir kes pembelaan apabila pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 299.17 gram.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada  12 april 2021 selepas ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR), kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Perasing, Kemaman jam 4.50 petang.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, tertuduh boleh dikenakan hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 12 April 2021.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini