Tumpuan :
Mahkamah

Pemandu Honda Accord kuning direman 7 hari

Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat sebelum direman tujuh hari.

BATU PAHAT: Pemandu Honda Accord berwarna kuning, dikenali dengan panggilan ‘Along Kubur’ yang tular selepas dikejar polis di Kluang, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman terhadap tertuduh berusia 40-an bermula hari ini sehingga Jumaat depan, membabitkan empat seksyen termasuk cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Selain itu, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 44(2) dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek memiliki 15 rekod lampau termasuk mengedar dadah, tiba di pekarangan mahkamah pada 9.15 pagi diiringi anggota polis sebelum dibawa masuk ke dalam kamar.

Semalam, Buletin TV3 melaporkan sebuah kereta Honda Accord menjadikan Jalan Kluang seperti litar lumba apabila dikejar polis.

Kejadian itu tular di media sosial apabila Honda Accord berwarna kuning terbabit dilihat memecut laju melalui jalan Kampung Melayu dan pusat bandar Kluang.

Polis yang mengejar kenderaan itu menahan pemandu selepas suspek melanggar kereta lain di persimpangan lampu isyarat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini