comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pelancong Maghribi mengaku bersalah cabul wanita 

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KUALA TERENGGANU: Seorang pelancong warga Maghribi mengaku bersalah mencabul seorang pekerja spa di Pulau Perhentian, Besut, di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Tertuduh, Nourou Yassine, 23 tahun, membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah spa di pulau peranginan itu dengan menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Nabila Natasha Sabareni, 19 tahun, dengan niat mencabul kehormatan mangsa.

Tertuduh didapati telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sabit Kesalahan boleh dihukum penjara 10 tahun, denda, atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah bagaimanapun membebaskan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM8,000 dengan dua orang penjamin tempatan.

Selain itu, tertuduh diperintahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri ke Balai Polis Kuala Besut sehingga kes selesai.

6 Ogos ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tarikh hukuman di Mahkamah Besut.

Kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rabiatul Addawiah Mohd Norlee manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Izzat Norizam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini