comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pelakon Lelaki Didakwa Muat Naik Kandungan Sumbang Di Media Sosial

SEPANG: Seorang pelakon lelaki popular yang didakwa memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial, tiba di Kompleks Mahkamah Sepang di sini, pagi ini, untuk menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pelakon dilihat memakai sut kelabu gelap dan pelitup muka itu tiba pada jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam, dan diiringi oleh peguam serta rakan.

Kira-kira 10 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 7.30 pagi untuk membuat liputan kes pelakon berusia 36 tahun itu.

Media sebelum ini melaporkan kontroversi timbul apabila pelakon itu didakwa kongsikan video ‘babak panas’ bersama seorang pelakon wanita sebagai promosi sebuah drama bersiri, dalam Instagram, baru-baru ini.

Tindakan memuat naik ‘teaser’ sebuah drama bersiri itu mengundang kecaman warga maya, selain turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini