comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pekerja kilang didakwa kali kedua menyokong IS

Suhaini dibawa ke mahkamah sesyen Kota Tinggi dengan kawalan ketat anggota polis, pagi tadi.

KOTA TINGGI: Seorang pekerja kilang wanita dihadapkan ke mahkamah sesyen dekat sini, atas dua tuduhan menyokong dan memiliki pelbagai barangan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS) pada 30 Mei lalu.

Tertuduh, Suhaini Sarwan, 46 hanya mengangguk faham selepas tuduhan dibacakan di hadapan hakim, Hayda Faridzal Abu Hassan.

Berdepan tuduhan pertama, Suhaini didakwa memiliki pelbagai artikel berkaitan kumpulan I-S dan perbuatan pengganas berkenaan dalam sebuah komputer riba jenama Lenovo.

Perbuatan itu dilakukan di taman Daiman Jaya, Kota Tinggi kira-kira jam 2.20 petang,  pada 30 Mei lalu.

Bagi tuduhan kedua, Suhaini didakwa memiliki pelbagai barangan yang berkaitan dengan kumpulan pengganas IS pada tarikh dan masa yang sama, di Felda Lok Heng barat, Kota tinggi.

Kedua-dua tuduhan itu didakwa mengikut peranggan 130JB, (1), (a) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 130JB, kurungan satu, kanun yang sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksima 7 tahun atau denda dan harta yang digunakan bagi niat menyokong perjuangan berkenaan boleh dirampas.

Mahkamah menetapkan 29 Julai ini untuk keputusan permohonan kes ke mahkamah tinggi.

Selasa minggu lalu, Suhaini dan suaminya turut  didakwa berkaitan memiliki dan menyokong perjuangan kumpulan IS di mahkamah sesyen Johor Bahru.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini