comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pekerja katering mengaku tidak bersalah liwat, amang seksual 4 remaja lelaki

Seorang pekerja katering, Haikal Hazwan Che Wan, 24, (tengah) diiringi polis atas enam pertuduhan melakukan amang seksual termasuk meliwat membabitkan empat remaja lelaki, dituduh di Mahkamah Butterworth.-FOTO: NSTP

BUTTERWORTH: Seorang pekerja katering makanan dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini atas enam pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat remaja lelaki antara Mac 2023 dan Mei tahun ini.

Tertuduh Muhammad Haikal Hazwan Che Man, 24, yang masih bujang mengaku tidak bersalah dan mohon kesemua kesnya dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan dihadapan hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, anak bongsu daripada tiga beradik itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memasukkan kemaluannya ke dalam dubur seorang remaja lelaki yang ketika itu berusia 14 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah bilik di Apartmen Permata di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kira-kira jam 3 petang pada Mac tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua hingga keenam pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual dengan menghisap kemaluan empat remaja lelaki berusia 14 dan 15 tahun termasuk mangsa bagi pertuduhan pertama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit di bilik apartmen sama antara Mac 2023 dan Mei tahun ini

Pendakwaan bagi semua kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(b) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh bakal berdepan hukuman penjara maksima 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding, Wan Amira tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kesalahan serius yang dilakukan apatah lagi mangsa yang terbabit semua dibawah umur.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuan yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) meminta supaya mahkamah dapat memberikan jaminan paling minima kerana tertuduh yang bekerja sebagai pekerja katering hanya berpendapatan RM1,200 selain perlu menanggung keluarga.

Hakim Zulhazmi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta meminta tertuduh supaya tidak mendekati serta mengganggu mangsa dan pengadu sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 25 November depan untuk laporan perubatan dan laporan kimia.

Sementara itu, di Mahkamah Bukit Mertajam tertuduh juga didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan kerana menyimpan beberapa keping gambar lucah dalam telefon bimbit jenis iPhone 11 pro miliknya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini