Tumpuan :
Mahkamah

Peguam didakwa serah perintah perlindungan palsu kepada anak guam

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menyerahkan dokumen perintah perlindungan palsu kepada anak guamnya, tahun lalu.

Pengakuan Adly Zulfadhly Zulkefly, 29 tahun, itu direkodkan di hadapan Majistret MS Arunjothy.

Tertuduh didakwa menyerahkan perintah bertarikh 3 Ogos 2023 yang diketahuinya palsu kepada seorang ibu tunggal berusia 36 tahun di pekarangan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, sekitar Ogos tahun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin.

5 Februari tahun depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini