comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pegawai Imigresen antara 4 ‘transporter’ didakwa seludup migran

FOTO: NSTP

TAIPING: Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia antara empat yang didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas tuduhan menyeludup enam migran Vietnam, Mac lalu.

Tertuduh yang merupakan pegawai imigresen, Abdul Hadi Mat Din, 42; selain Teoh Boon Poh, 58; Chua Eng Keong, 47 dan seorang warga Thailand, Sukree Awang, 48, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Taiping, Noor Ruwena Md Nurdin.

Bagaimanapun, pertuduhan ke atas mereka yang bertindak selaku ‘transporter’ itu dibacakan dalam tiga bahasa berbeza oleh jurubahasa mahkamah.

Pertuduhan ke atas Abdul Hadi dibacakan dalam Bahasa Melayu; manakala pertuduhan ke atas Boon Poh dan Eng Keong dibacakan dalam Bahasa Mandarin. Sementara pertuduhan ke atas Sukree dibacakan dalam Bahasa Thai.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama bagi mencapai niat bersama menjalankan penyeludupan migran yang membabitkan enam migran wanita Vietnam di tempat letak kereta berbayar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit di Pengkalan Hulu, 11.26 pagi 9 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipnyeludupan Migran 2007, dibaca bersama Seksen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh jhga dikenakan denda, atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nazreen Zabarudin.

Pada prosiding itu, Peguam, T Harpal Singh mewakili Abdul Hadi dan Boon Poh; Mohamad Hafiz Jalaludin mewakili Eng Keong; manakalan Muhamad Syah Azlan Abdulullah mewakili Sukree.

Ketika di kandung tertuduh, Abdul Hadi menjawab kepada mahkamah bahawa dia masih dalam perkhidmatan sebagai pegawai Imigresen, namun ketika ini masih dalam tempoh ditahan kerja.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan mahkamah pada 31 Julai depan untuk serahan dokumen.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini