comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pegawai bank didakwa hantar mesej lucah

Rosman didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas kesalahan menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp.

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Seorang pegawai bank didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas kesalahan menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp.

Tertuduh, Rosman Jamaluddin mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Punitha Sivaraji.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 20 Mei 2021, kira-kira jam 10.52 malam bertempat di Ipoh Garden East di Ipoh.

Mesej yang dihantar tertuduh didakwa dengan maksud mengaibkan kehormatan mangsa wanita, dan mengganggu kesantunannya.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 25 November 2024.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hidayu Zakaria mankala tertuduh diwakili Peguam Khairil Azwar Khalil.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini