Tumpuan :
Mahkamah

9 termasuk 4 isteri Ahli Lembaga Pengarah GISBH dilanjut reman

 

PETALING JAYA: Sembilan individu termasuk tujuh wanita berkait Global Ikhwan Services And Business Holdings, (GISBH) dilanjutkan reman pagi tadi.

Perintah lanjutan reman kesemua individu berusia 18 hingga 55 tahun itu dikeluarkan Majistret M. Mageshwary selepas permohonan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Kesemua suspek terbabit tiba kira-kira jam 10.15 pagi dengan kawalan anggota dan pegawai polis.

Tujuh wanita termasuk empat isteri kepada Ahli Lembaga Pengarah GISBH disambung reman sehari manakala dua lelaki direman dua hari selepas reman tujuh hari kesemua mereka bermula 28 September lalu tamat.

Kesemua mereka diwakili peguam Boestamam Ahmad, Dorina Abdullah dan Najib Zakaria.

Boestamam berkata, kesemua individu terbabit sebelum ini ditahan polis di sekitar Rawang pada 27 September lalu.

Kesemua mereka disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

Tujuh wanita tersebut dijangka dibebaskan dengan jaminan polis pada petang ini.

Sebelum itu, kesemua suspek terbabit tiba kira-kira jam 10.15 pagi dengan kawalan anggota dan pegawai polis.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya telah membekukan keseluruhan 206 akaun berkait GISBH bernilai lebih RM1.35 juta membabitkan 205 akaun bank bernilai RM1.35 juta serta satu akaun bank bernilai USD1,344.26 (RM5,688.80).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini