@buletintv3Sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam aktiviti pemprosesan air ketum di Bayan Lepas, direman selama empat hari bermula hari ini hingga Jumaat. #BuletinTV3 #airketum #mahkamah #suamiisteriketum♬ original sound – BuletinTV3
BALIK PULAU: Sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam aktiviti pemprosesan air ketum di Bayan Lepas, dekat sini, direman selama empat hari bermula hari ini hingga 10 Januari.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Chia Huey Ting untuk membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Pasangan berusia 47 dan 35 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, pada jam 8.40 pagi tadi.
Semalam, media melaporkan penahanan lelaki berkenaan bersama isteri keduanya di sebuah rumah teres yang dipercayai dijadikan lokasi pemprosesan air ketum.
Hasil serbuan di rumah sewa tersebut menemui peralatan memasak serta 600 bungkusan air ketum yang telah siap diproses.
Selain itu, pihak berkuasa turut menemui 71 senjata berbahaya termasuk kerambit, keris, pedang samurai, mesingan tiruan jenis automatik serta beberapa jam tangan berjenama.
Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti tujuan pemilikan senjata tersebut dan kaitannya dengan aktiviti pemprosesan air ketum.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.