Tumpuan :
Mahkamah

Pasangan pelakon Linda, Beego bercerai kali ketiga

Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Pelakon Linda Hashim hadir sendirian ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tanpa kelibat suaminya, Beego kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Mengulas lanjut, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, memberitahu, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, sudah pun dimaklumkan mengenai prosiding tersebut.

“Hari ini adalah sebutan pertama selepas saya memfailkan perceraian, awal bulan lalu.

“Saya kurang pasti keberadaan Beego, cuma dia sudah dimaklumkan mengenai sebutan hari ini. Peguam sudah menghantar notis mahkamah kepadanya,” katanya Ketika ditemui di pekarangan mahkamah.

Difahamkan, Beego kini berada di Labuan, Sabah menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram.

Tampil mengenakan jubah hitam dan bertudung warna cerah, Linda ditemani peguam syarie, Nurul Fadzilah Kamaluddin kemudian tergesa-gesa meminta diri untuk menuju ke kamar perbicaraan.

Terdahulu, Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman.

 

Linda hadir ditemani peguamnya untuk prosiding perceraian yang difailkan, awal bulan lalu. – FOTO NSTP

Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Ia berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac tahun sama.

Linda pernah mendedahkan, mereka pernah bercerai buat kali kedua hanya selepas beberapa bulan kembali rujuk pada April 2023.

Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.

Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini