Tumpuan :
Mahkamah

Pasangan kekasih disyaki sebabkan kematian kanak-kanak dihadap ke mahkamah esok

Mahkamah Ampang.

AMPANG: Wanita dan teman lelakinya yang ditahan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang juga anak wanita itu akan dituduh di mahkamah, esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pertuduhan terhadap kedua-dua suspek akan dilakukan di Mahkamah Ampang di sini, pada 10 pagi.

Terdahulu, media melaporkan polis menahan wanita dan teman lelakinya dipercayai mendera hingga menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki di Jalan Zamrud, Taman Bukit Ampang, pada 5.17 petang, 10 Januari lalu.

Mohd Azam dilaporkan berkata, ibu kandung mangsa berusia 25 tahun menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, memberitahu kanak-kanak itu yang sedang tidur didapati tidak bernafas pada 2.36 petang, sebelum anggota bertugas ke lokasi untuk tindakan lanjut.

Sebelum itu mangsa didakwa demam dan dibiarkan tanpa rawatan sehingga mengalami sawan, selain disyaki dipukul dengan rotan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini