Tumpuan :
Mahkamah

Padah cantas 50 bendera parti politik, pendawai elektrik didenda RM4,500

Oleh Norshahril Md Yusup

ALOR SETAR: Seorang pendawai elektrik didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan melakukan khianat mencantas lebih kurang 50 bendera parti politik, 14 November lalu.

Tertuduh, Burhanuddin hussain, 41, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif.

Sekiranya gagal membayar denda, dia boleh dipenjara 12 bulan

Mengikut kertas pertuduhan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat melakukan khianat dengan mencantas lebih kurang 50 batang bendera sebuah parti politik di tepi Jalan Kampung Alor Parit, Jalan Bukit Raya di Pendang antara 10 pagi hingga 11.30 pagi yang menyebabkan kerugian RM1,600.

Dakwaan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Siti Sabirah Ramli yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhi hukuman ringan memandangkan tertuduh seorang duda yang pendapatan RM1,200 sebulan perlu menyara seorang anak perempuan berusia 17 tahun dan ibunya berusia 77 tahun.

Bagaimana pun Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal memandang kes itu berkepentingan awam. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini