Tumpuan :
Mahkamah

Op Ragada: 2 lagi direman bantu siasatan kes pengubahan wang haram

KUCHING: Bekas pegawai kanan kumpulan media di Sarawak dan seorang wanita berjawatan pengarah urusan sebuah syarikat pembekal direman dua hari mulai hari ini oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap suspek lelaki berusia 53 tahun dikeluarkan oleh Majistret Mason Jaro Lenya Barayan, manakala suspek wanita dikeluarkan oleh Majistret Ling Hui Chuan.

Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan mereka diterbangkan ke Kuala Lumpur malam esok bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram menerusi Op Ragada.

Sebelum ini polis mengesahkan lima individu berusia 26 hingga 65 tahun termasuk seorang wanita, ditahan menerusi Op Ragada termasuk CEO sebuah stesen penyiaran di Sarawak kerana disyaki terbabit kes pengubahan wang haram.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini