Tumpuan :
Mahkamah

OKU mengaku salah lakukan amang seksual fizikal

Seorang OKU mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

AMPANG: Seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Datin Norshila Kamaruddin di Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini.

Mengikut pertuduhan, kesalahan itu dilakukan Muhamad Adam Haiqal Abdullah, 19, di Kampung Sungai Masin, Batang Kali pada 21 Februari lalu sekitar jam 6.20 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 17, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun, serta sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin selain melaporkan diri di balai polis dan tidak menganggu saksi serta mangsa.

Tiada waris yang datang untuk menjamin mahkamah menetapkan 27 Mac depan untuk laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini