comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Najib boleh mohon DNAA atau DAA tuduhan ubah wang haram dana SRC – Hakim

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimaklumkan Mahkamah Tinggi hari ini, boleh memohon untuk dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atau dilepas dan dibebaskan (DAA) atas tiga tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta dihadapinya, pada perbicaraan kes itu September ini.

Hakim, K Muniandy berkata, ia bagaimanapun sekiranya pihak pendakwaan tidak bersedia untuk perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri berkenaan atas tuduhan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) itu, selama lima hari yang bermula pada 17 September ini.

Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta terhadapnya, yang didapati bersalah atas pertuduhan menyeleweng dana SRC berjumlah RM42 juta.

Loading...
Terkini