GUA MUSANG: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Mahkamah Sesyen Gua Musang di sini, hari ini.
Presiden BERSATU itu tiba jam 8.43 pagi dengan diiringi pimpinan parti termasuk Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin.
Beliau akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 susulan ceramahnya yang didakwa menyentuh isu raja, agama dan kaum (3R) pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, awal bulan ini.
Pendakwaan Muhyiddin hari ini menjadikan beliau bekas Perdana Menteri pertama yang dituduh mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiasat mengikut Akta Hasutan susulan ceramahnya berkait Raja, Agama dan Kaum (3R) dalam kempen PRK DUN Nenggiri, baru-baru ini akan didakwa hari ini memgikutmengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Polis sebelum ini meneima 30 laporan polis berkaitan ucapan Muhyiddin dan serama 66 saksi diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, tular di media sosial ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Petugas media mula berkumpul di Mahkamah Gua Musang
- Siasat Muhyiddin: Anwar serah kepada polis, Peguam Negara
- Kertas siasatan kes ucapan Muhyiddin diserah kepada Pejabat Peguam Negara
- Isu 3R : Tan Sri Muhyiddin selesai beri keterangan hampir sejam
- [VIDEO] Muhyiddin tiba di MIDA beri keterangan berkait isu 3R