comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Mudir sekolah agama disyaki ada kaitan dengan GISBH disambung reman 3 hari

FOTO: NSTP

MACHANG: Seorang mudir sebuah sekolah agama yang disyaki berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) disambung reman selama tiga hari bermula esok hingga Rabu ini di Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah sambung reman terhadap mudir berusia 66 tahun itu dibuat di hadapan Majistret Amal Razim Alias.

Sambung reman berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Mudir berkenaan diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Siti Zuraidah Abdul Aziz.

Terdahulu media melaporkan mudir berkenaan direman selama empat hari bermula 26 September lalu sehingga hari ini.

Mudir berkenaan ditahan selepas pihak polis menjalankan serbuan di Sekolah Rendah Integrasi Ikhwan di Pasir Puteh dan merampas 34 buku terbitan larangan berkaitan Abuya.

Lelaki itu ditangkap pada 11 pagi, 25 September lalu di tepi sebuah kedai makan di Pasir Puteh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini