comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Mudir pusat tahfiz didakwa cabul kanak-kanak lelaki

KOTA BHARU: Seorang mudir pusat tahfiz khas untuk etnik Rohingya didakwa mencabul seorang kanak-kanak lelaki, 1 April lalu.

Abu Toyub Umor Abbas, 58 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menangis ketika membuat pengakuan tidak bersalahnya sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul seorang kanak-kanak lelaki etnik Rohingya berusia 11 tahun tiga bulan.

Perbuatan itu dilakukan di dalam bilik di sebuah pusat tahfiz khas untuk etnik Rohingya di sini, jam 3 pagi pada 1 April 2023.

Pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam, Rozihan Othman.

Terdahulu, Abu Arsalnaa tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh seorang warganegara asing yang mencari suaka atau tempat perlindungan di negara ini.

“Tertuduh memiliki kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan didapati masuk ke negara ini secara haram serta tidak ada sebarang rekod keluar dan masuk selepas berada di sini.

“Kemungkinan besar tertuduh boleh melarikan diri atau mengganggu kanak-kanak itu berikutan hubungannya dengan mangsa adalah guru dan pelajar,” katanya.

Sementara itu, Rozihan memohon anak guamnya diberi ikat jamin untuk menjamin kehadirannya ke mahkamah.”Sekiranya tertuduh melarikan diri, wang ikat jamin yang dibayar masih selamat di dalam jaminan pihak mahkamah.

“Tertuduh membuka pusat tahfiz itu sejak lima tahun lalu dan perlu menyara seorang isteri serta seorang anak,” katanya.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta untuk lantikan jurubahasa.

Loading...
Terkini