comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Miliki diesel tanpa lesen, pemandu lori didenda RM80,000 

G.Candrakumar, 47, didenda RM80,000 selepas didapati bersalah kerana memiliki barang kawalan berjadual iaitu 24,676 liter diesel tanpa lesen sah, dua tahun lalu.

Oleh: Selwam Arjunan

SUNGAI PETANI: Seorang pemandu lori didenda RM80,000 selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memiliki barang kawalan berjadual iaitu 24,676 liter diesel tanpa lesen sah, dua tahun lalu.

Hakim Azman Abu Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, G.Candrakumar, 47, selepas dia menukar pengakuan bersalah hari ini.

Terdahulu, pada 27 Disember 2023, Chandrakumar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan di mahkamah yang sama.

Mengikut pertuduhan, terdapat pemilikan barang kawalan berjadual iaitu diesel sebanyak 24,676 liter dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan iaitu berurusan dengan diesel secara  borong tanpa lesen.

Kesalahan dilakukan di sebuah premis di Kawasan Perusahaan Pinang Emas, Sungai Petani kira-kira jam 1.30 petang 4 Oktober 2022.

Pertuduhan dibuat mengiikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara selama lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Hakim memerintahkan penjara enam bulan jika tertuduh gagal membayar denda 80 ribu ringgit.

Tertuduh kemudiannya membayar denda di kompleks mahkamah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini