comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Mekanik tikam tunang bekas isteri didakwa esok

Foto hiasan

GEORGE TOWN: Seorang mekanik yang ditahan 10 Jun lepas kerana menikam tunang bekas isterinya di Taman Jade, Bukit Gambir di sini akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata suspek berusia 33 tahun itu akan dibawa ke mahkamah di sini untuk pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa yang juga pemandu bas berusia 43 tahun cedera di bahagian dada, leher dan belakang selepas ditikam menggunakan pisau lipat oleh suspek ketika hendak menyelamatkan tunangnya daripada dicederakan lelaki itu.

Sebelum kejadian, suspek dikatakan ke rumah mangsa untuk mengambil anaknya yang tinggal bersama bekas isterinya, bagaimanapun berlaku pertengkaran antara suspek dengan wanita itu apabila dia enggan mengikut suspek.

Suspek kemudiannya cuba menikam bekas isterinya itu dan dihalang mangsa yang menyebabkan tikaman itu terkena pada beberapa bahagian badannya.– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini