Tumpuan :
Mahkamah

Mekanik mengaku tidak bersalah pukul anjing dengan tukul besi

Seorang mekanik didakwa memukul anjing peliharaannya pada Januari lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. FOTO: NSTP

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul seekor anjing di Mahkamah Sesyen Ipoh, di sini hari ini.

Tertuduh, Hew Kan Wai, 42, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kantonis dihadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 18 Januari lalu di sebuah rumah di Taman Ria.

Tertuduh didapati memukul seekor anjing baka Pitbull dengan kejam menggunakan sebatang tukul besi sehingga menyebabkan kecederaan.

Polis menahan lelaki disyaki memukul anjing peliharaannya menggunakan tukul di Taman Ria, Bercham, Ipoh yang videonya tular, hari ini. – Foto tular

Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu’Aini Khalifah memohon mahkamah menetapkan jaminan RM20,000.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Kathan Maruthamuthu bagaimanapun memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan minimum kerana tertuduh menanggung isteri, ibu, dua anak kandung, serta empat anak saudara.

Hakim kemudiannya membenarkan tertuduh diberikan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaaan dilakukan di bawah Subseksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) Akta yang sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini