comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Masih sayangkan keluarga, Aliff Aziz tidak setuju cerai Bella

 

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah diperintah hadir proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, pada 4 Jun depan berikutan aktor kelahiran Singapura itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai difailkan isteri atas alasan masih sayangkan keluarga.

Pada prosiding sebutan kedua permohonan cerai difailkan Bella di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini, Aliff memberitahu, dia perlukan masa untuk berfikir

“Benar Yang Arif, tidak bersetuju (atas permohonan cerai). Ini bukan suatu keputusan yang boleh difikirkan dalam sehari, saya perlukan masa untuk berfikir bagi membuat keputusan yang besar ini,” katanya.

Sementara itu, peguam syariah mewakili Aliff, Hadi Salleh berkata, anak guamnya tidak bersetuju dengan permohonan cerai difailkan Bella.

“Saya menyatakan pihak defendan tidak bersetuju dengan permohonan yang difailkan pihak plaintif dan diteruskan dengan proses selanjutnya iaitu JKP,” katanya.

Pada 11 Mac lalu, Bella memfailkan perceraian daripada Aliff, 33, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.

Sejak bulan lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara, Jumaat lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini