comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Mahkamah setuju dengar kes pekebun durian Raub cabar pengusiran

Foto Mahkamah Tinggi Kuantan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuantan akan mendengar semakan kehakiman yang dimohon 204 pekebun durian Musang King dari Raub, Pahang terhadap keputusan kerajaan negeri untuk mengusir mereka.

Ia susulan keputusan Hakim Zainal Azman Ab Aziz menolak permohonan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd untuk membatalkan permohonan semakan kehakiman kumpulan pekebun durian itu hari ini.

Royal Pahang Durian Resources PKPP adalah salah satu responden yang dinamakan dalam permohonan semakan kehakiman itu.

Dalam keputusannya itu, Zainal Azman turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk beliau mendengar permohonan itu.

Responden lain termasuk pentadbir tanah daerah Raub, pengarah perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, kerajaan negeri Pahang dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP).

Kumpulan 204 pekebun durian itu memfailkan semakan kehakiman terhadap arahan kerajaan negeri supaya mereka mengosongkan kebun di pelbagai kawasan seluas 2,167 hektar di Raub antaranya termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit dan Sungai Klau.

Menurut kumpulan pekebun itu, antara lain mereka juga mahukan keputusan berhubung tindakan kerajaan negeri yang didakwa telah memajakkan tanah itu Royal Pahang Durian Resources PKPP.

Loading...
Terkini