comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Mahkamah benar injuksi Anwar terhadap Sanusi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh perintah injunksi inter-parte (dua belah pihak) bagi menghalang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, daripada mengulangi dan menerbitkan semula kenyataan didakwa memfitnahnya.

Injunksi terbabit adalah berkaitan kes saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berhubung ucapan didakwa berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’ pada November tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi di Alor Setar, Mahazan Mat Taib, membuat keputusan itu, hari ini, selepas mendengar hujahan peguam, Datuk S N Nair yang mewakili Anwar, dan peguam, Yusfarizal Yussoff yang bertindak bagi pihak Muhammad Sanusi, pada 16 Oktober lalu.

Menurut Nair, hari ini, mahkamah membenarkan permohonan anak guamnya dan memberikan injunksi inter-parte (perintah larangan) sehingga kes saman utama diputuskan mahkamah.

Beliau berkata, Muhammad Sanusi juga dilarang mengeluarkan kenyataan serupa atau yang mempunyai kesan sama dalam apa jua cara, bentuk atau lain-lain yang mempunyai kecenderungan untuk menggambarkan Anwar sama ada secara langsung atau sindiran, seperti dalam pernyataan tuntutan anak guamnya.

Pada 30 Julai lalu, mahkamah sama membenarkan permohonan Anwar untuk mendapatkan permohonan injunksi ex-parte (sebelah pihak) berhubung perkara sama.

Nair berkata peguam Sanusi, Yusfarizal Yussoff dan Adam Luqman Amdan, membantah permohonan injuksi itu tetapi bantahan ditolak mahkamah.Anwar memohon untuk menghalang Sanusi, kakitangannya dan ejennya daripada mengulangi kenyataan yang didakwa fitnah itu sehingga saman tersebut selesai.

Peguam itu berkata, mahkamah menetapkan 19 Feb ini sebagai tarikh pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutannya itu, Anwar mendakwa Sanusi membayangkan bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli Parlimen, penipu, pengkhianat, munafik dan bukan Islam yang baik.

Loading...
Terkini