PUTRAJAYA : Tempoh reman seorang lelaki dikenali Datuk Roy dilanjutkan empat hari lagi sehingga Isnin depan
berhubung siasatan kes berkaitan program Jana Wibawa.
Keputusan dibuat Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin bagi membantu siasatan kes membabitkan beberapa individu lain dan pegawai SPRM.
Peguam bela, Fahmi Abd Moin berkata kebenaran itu diberi Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin bagi membantu siasatan kes membabitkan beberapa individu lain dan pegawai SPRM.
“Pihak SPRM memohon tujuh hari lanjutan reman terhadap Datuk Roy. Peguam bela membantah reman dilanjutkan kerana tiada keperluan untuk menahan Datuk Roy dengan lebih lanjut dan anak guam akan berikan kerjasama berterusan untuk membantu pihak siasatan.
“Mahkamah kemudian benarkan permohonan SPRM untuk melanjutkan reman selama empat hari,” katanya pada BH, hari ini.
Lelaki itu yang direman selama tiga hari sebelum ini ditahan semula di Pejabat SPRM, jam 3.45 petang semalam selepas dibebaskan dengan jaminan SPRM hari sama.
Sebelum ini, supsek diburu SPRM kerana didakwa menjadi perancang utama dalam siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan program Jana Wibawa.
Empat individu termasuk seorang pegawai SPRM ditahan, namun dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berkenaan atas tujuan sama.
Datuk Roy yang beralamat di Kuantan, Pahang, pernah dipenjara kerana kes rasuah.