comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Lokman Dituduh Di Mahkamah Esok

FOTO: Datuk Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam akan dituduh di mahkamah, esok, kerana didakwa menghina kerajaan dan Perdana Menteri.

Bukit Aman menerusi satu pemakluman hari ini, berkata pertuduhan akan dibuat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Mahkamah Sesyen Jenayah (Siber) Kuala Lumpur di sini, pada jam 9.30 pagi.

“Lokman akan berdepan pertuduhan membabitkan dua kes yang kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Dua kes itu membabitkan penghantaran video berniat jahat dan kenyataan menghina kerajaan dan Perdana Menteri melalui akaun Facebook Lokman Noor Adam Official,” katanya.

Lokman sebelum ini dilaporkan melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan 12 tahun susulan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atasnya berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.- BERITA HARIAN

Loading...
Terkini