comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Lelaki Israel tiba di mahkamah dengan kawalan ketat polis

Foto: NSTP

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Israel, Shalom Avitan yang ditahan bersama enam pistol dan 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang pada 27 Mac lalu tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi, untuk didakwa mengikut Akta Senjata Api.

Suspek, 38 tahun, yang memakai baju kemeja T berwarna hitam dan berseluar khaki tiba sekitar jam 8.15 pagi di perkarangan kompleks mahkamah, dengan diiringi kira-kira 20 pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kawalan ketat.

Media pada 27 Mac lalu melaporkan, lelaki warga Israel yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis ditahan di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang, di sini, selepas dikesan memiliki enam pucuk pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru, yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Berita lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini